wartawan tanya pada TS DS Tuan Guru Presiden PAS
berkenaan pendirian PAS untuk tidak segerakan PRU-
15.
Wartawan: Ada pemimpin UMNO kata PAS taknak
PRU-15 diadakan segera sebab PAS gila kuasa, taknak
hilang kedudukan dalam kerajaan.
Tuan Guru: Biasanya orang yang nak cepat (PRU15)
yang gila kuasa manakala yang tangguh ini pula
sebaliknya kerana mereka berfikir panjang.
Wartawan: Macam mana kalau PAS kalah dalam PRU.
15?
Tuan Guru: Orang duduk di atas yang biasanya takut
jatuh. PAS pernah kalah. Kita selalu kalah dan menang
jarang-jarang sekali. Yang susahnya orang yang selalu
menang dan kalah sikit.
Ringkas dan padat jawapan Tuan Guru.
PAS tak takut kalah. Itu adat dalam pilihan raya. Namun
sekarang bukan waktu terbaik untuk rebut kuasa, beri
tumpuan selesaikan masalah rakyat dan negara dahulu
dan seharusnya semua pihak bersama dalam usaha ini.
Kita perlu sedar bahawa kemajuan ekonomi dan sosial
sesebuah negara adalah hasil daripada kestabilan
politik. Tidak seharusnya pemimpin ambil sikap
memancing di air keruh.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment