Pendaftar Mahkamah Majistret Hasliza Razak membenarkan Lim diikat jamin RM500 dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes. - Gambar hiasan |
BUKIT MERTAJAM: Seorang pemimpin pemuda DAP Bukit Mertajam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan perkataan yang menghina.
Lim Zheng Han, 25, didakwa melakukan kesalahan itu dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 jika sabit kesalahan.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu di luar Medan Selera Insa Dunia pada 2 petang, 25 Mac lepas.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afifah Mohd Shokri manakala Lim diwakili peguam RSN Rayer.
Pendaftar Mahkamah Majistret Hasliza Razak membenarkan Lim diikat jamin RM500 dan menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan Lim mengetuai protes kecil di luar medan selera berkenaan untuk mengecam lawatan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Pulau Pinang pada 25 Mac lepas.
-- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment