NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PBB beri amaran pengambilan kanak-kanak Ukraine oleh Russia

Seorang wanita memeluk kanak-kanak yang berpindah dari bandar Slovyansk di timur Ukraine. - Foto AFP

NEW YORK: Kanak-kanak Ukraine tidak sepatutnya diambil sebagai anak angkat di Russia, selepas ribuan kanak-kanak dipercayai sudah dipindahkan ke sana sejak pencerobohan Moscow pada Februari, menurut seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) semalam.

"Kami mengulangi, termasuk kepada Russia, bahawa pemindahan tidak boleh berlaku ketika atau sejurus selepas kecemasan," kata Pengarah Serantau Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF) untuk Eropah dan Asia Tengah, Asfhan Khan.

Katanya, kanak-kanak seperti itu tidak boleh dianggap sebagai anak yatim, dan sebarang keputusan untuk memindahkan mereka mestilah berdasarkan kepentingan terbaik mereka dan dilakukan secara sukarela. 

Katanya, ibu bapa dan penjaga mereka perlu memberikan persetujuan.

"Mengenai kanak-kanak yang sudah dihantar ke Russia, kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak yang membantu dan rangkaiannya bagi melihat cara terbaik untuk kami boleh mendokumenkan kes-kes itu," katanya sambil menjelaskan buat masa ini, tiada akses kepada kanak-kanak itu.

PBB sudah pun menyatakan kebimbangan pada awal Mac mengenai risiko pengambilan paksa kanak-kanak Ukraine, terutamanya kira-kira 91,000 yang tinggal di institusi atau sekolah berasrama penuh ketika awal pencerobohan, dengan kebanyakannya di timur negara itu. - AFP






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo