NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

EU sambut baik langkah Malaysia mansuh hukuman mati mandatori

EU bersedia menyokong Malaysia dalam usahanya untuk menghapuskan sepenuhnya hukuman mati. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kesatuan Eropah (EU) menyambut baik langkah Malaysia untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan menyifatkan ia sebagai langkah penting ke arah penamatan sepenuhnya hukuman mati selari dengan trend dunia.
Jurucakap EU bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Nabila Massrali berkata EU menantikan transformasi segera keputusan itu kepada undang-undang oleh kerajaan Malaysia.
Beliau berkata EU bersedia menyokong Malaysia dalam usahanya untuk menghapuskan sepenuhnya hukuman mati.
"Secara dasarnya, EU menentang keras hukuman mati pada setiap masa dan dalam apa jua keadaan.
"Hukuman mati melanggar hak untuk hidup dan merupakan hukuman paling kejam, tidak berperikemanusiaan, yang gagal bertindak sebagai penghalang kepada jenayah dan mewakili penafian yang tidak boleh diterima terhadap maruah dan integriti manusia," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sesawang EU pada Sabtu.
Menurutnya, EU akan terus berusaha untuk memansuhkan hukuman mati di beberapa negara yang masih melaksanakannya.
Malaysia pada Jumaat bersetuju untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan menggantikannya dengan hukuman lain yang tertakluk kepada budi bicara mahkamah.
Menurut Kerajaan Malaysia kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.
-- BERNAMA





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo