NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Caj Tambahan Antara Punca Harga Ayam Naik


KUALA NERUS, 14 Jun – Sikap segelintir peladang ayam yang mengenakan caj tambahan kepada pemborong menyebabkan kos bahan mentah itu meningkat berbanding harga ladang yang ditetapkan kerajaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, taktik tersebut dikesan  dalam pemeriksaan di sebuah pusat pemborong ayam terbesar negeri ini, di sini pada Selasa.

Katanya, pemeriksaan tersebut diadakan susulan rungutan diterima dari pemborong dan peruncit ayam tentang caj tambahan yang dikenakan kepada mereka dan situasi berkenaan disahkan berlaku.

“Mengikut invoice dikemukakan pemborong, harga ayam diberikan memang betul seperti ditetapkan kerajaan tapi dikenakan caj lain seperti upah tangkap ayam sebanyak 70 sen menjadikan harga ayam dari ladang meningkat kepada RM6.80 sekilogram.

“Apabila pihak pemborong dikenakan caj tambahan seperti itu, mahu tidak mahu mereka juga terpaksa menyerap kos dengan mengenakan caj pengangkutan pula kepada peruncit. 

“Kesannya, peruncit dilaporkan turut mengenakan caj seperti potong ayam, beg plastik dan ais pula kepada pembeli bagi menyerap kembali kos-kos yang terpaksa mereka tanggung dan menyebabkan pengguna terjejas,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, caj tambahan tersebut sepatutnya tidak perlu dikenakan kerana peladang sudah mendapat subsidi dari kerajaan bagi menampung kos supaya harga ayam dalam pasaran stabil sekaligus tidak membebankan rakyat.

Justeru itu katanya, pihak KPDNHEP akan melakukan siasatan di peringkat peladang ayam bagi mengetahui punca sebenar masalah itu berlaku termasuk sama ada mereka menerima bayaran subsidi atau sebaliknya.

Jelas beliau, terdapat lapan pemborong utama ayam di Terengganu dan kebanyakan mereka memperoleh bekalan bahan mentah itu dari peladang di Melaka, Pahang dan sebahagian ladang kontrak di negeri ini.


Sumber | TRDI.my






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo