NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Audi hadir dengan beca elektrik menggunakan bateri kereta Audi E-tron


Kenderaan elektrik kini menjadi trend, demi menjaga alam sekitar dan jimat kos keseluruhan secara berpanjangan. Tetapi kelak, bateri yang sudah lama pada sesebuah kenderaan akan dibuang kerana bateri tidak boleh dikitar semula. Ini akan menjadi satu persoalan serius di masa akan datang, apa akan terjadi pada alam sekitar jika ada lambakan bateri-bateri lama?



Audi nampaknya menemui jalan penyelesaian untuk ini. Mereka bekerjasama dengan Numan, syarikat startup Jerman-India untuk mengitar semula bateri kereta elektrik dan digunakan pada beca elektrik. Bateri yang digunakan adalah daripada kereta Audi E-Tron yang tidak lagi digunakan.

Beca elektrik ini direka khas dengan tempat letak bateri dengan perlindungan daripada percikan air. Untuk pengecasan pula, stesen-stesen pengecasan akan mempunyai panel solar untuk sumber tenaga bersih.

Beca ini akan digunakan di India bermula tahun 2023, ia akan ditawarkan kepada wanita tempatan untuk menghantar barangan ke pasar. Beca elektrik ini turut akan menjadi eksperimen untuk bateri terpakai agar ia boleh digunakan semula sebagai storan kuasa sandaran untuk kegunaan lain. Jika bateri yang sama pada beca ini tamat tempoh, ia dikatakan boleh digunakan sebagai sumber kuasa untuk lampu LED pula.

Hasrat Audio di sini adalah, bateri kereta elektrik boleh digunakan berkali-kali pada produk lain dan ia tidak terbuang menjadi sisa elektronik.


Sumber | Amanz




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo