MAKKAH: Seramai 2,700 jemaah haji Malaysia telah tiba di Madinah menerusi 10 penerbangan sejak 4 Jun lepas.
Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kesemua mereka sudah mula bergerak ke Makkah secara berperingkat menerusi pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH).
Beliau berkata setakat malam tadi seramai 295 jemaah telah selamat tiba di Makkah dan mereka merupakan jemaah haji pertama menerusi penerbangan KT01 dari Malaysia ke Madinah.
Difahamkan kesemua jemaah akan ditempatkan di tiga lokasi penginapan iaitu di bangunan Abraj Al Janadriyah, Qasr Al Janadriyah dan Land Premium.
Sementara itu, rata-rata jemaah haji yang ditemui pemberita meluahkan rasa syukur setelah menunggu dua tahun untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.
Muhammad Haziq Azri, 17, berkata dia berpeluang menjejakkan kaki buat pertama kali ke Makkah bersama bapa, ibu dan kakaknya.
"Alhamdulillah dapat sampai ke Makkah, timbul perasaan tak sabar nak melihat Kaabah. Tak terungkap rasa gembira bila sampai ke sini," katanya.
Nazarudin Komari, 40-an pula berkata keletihan perjalanan selama enam jam bagaikan tidak terasa setelah sampai ke Makkah, apatah lagi apabila pergerakan jemaah disusun dengan baik oleh petugas TH.
Menurut Nazarudin, beliau bukan sahaja terharu dengan usaha dilakukan pihak TH malah bersyukur kerana semua jemaah selamat tiba untuk meneruskan ibadah umrah pertama.
-- BERNAMA
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment