NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Zii Jia 'berehat' sebelum jumpa Momota


KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia memberi bayangan yang dia kemungkinan besar tidak akan beraksi apabila Malaysia bertemu Amerika Syarikat (AS) pada aksi kedua Kumpulan D saingan Piala Thomas di Bangkok, Thailand esok.

Pemain nombor enam dunia itu berkata, ia bagi membolehkan dirinya mendapat rehat secukupnya dan melakukan persiapan sebelum aksi 'blockbuster' antara Malaysia dengan Jepun dalam aksi terakhir kumpulan Rabu ini yang menyaksikan dia dijangka bertemu Kento Momota.

Katanya, biarpun Momota sejak kebelakangan ini bergelut dengan prestasi tidak menentu namun dia tetap perlu berwaspada dengan ancaman daripada bekas juara dunia dua kali itu.

"Saya pun tidak pasti (tahap prestasi Momota) tetapi dapat dilihat yang permainannya agak tidak stabil sejak kebelakangan ini.

"Namun, standard dia masih di sana. Kita pun tidak tahu bila akan dapat kembali pada tahap prestasi sebenarnya tetapi apa pun saya tidak boleh pandang rendah kemampuannya," kata Zii Jia yang membantu skuad negara melakar kemenangan sulung ke atas England 5-0 hari ini.

Pertemuan terakhir antara kedua-dua pemain menyaksikan Zii Jia yang muncul juara Asia, dua minggu lalu menang ke atas Momota 21-7, 13-21, 21, 21-11 dalam aksi suku akhir Seluruh England, Mac lalu.

Jika tidak diturunkan pada pertemuan AS, tempat Zii Jia selaku perseorangan pertama kemungkinan akan diambil alih pemain muda Ng Tze Yong diikuti Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Leong Jun Hao.

Terdahulu, Zii Jia menyumbang pertama ketika pertemuan dengan England apabila mudah menewaskan Toby Penty 21-10, 21-15 sebelum beregu utama, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melebarkan kedudukan menerusi kemenangan ke atas Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-15, 21-16.

Tze Yong yang diturunkan sebagai perseorangan kedua memastikan kemenangan awal skuad negara hasil kemenangan ke atas Johnnie Torjussen 21-16, 19-21, 21-11 sebelum beregu kedua, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei menewaskan gandingan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9.

Juara remaja Asia 2017, Leong Jun Hao memastikan kemenangan mutlak skuad negara dengan meraih mata kelima selepas mengatasi Cholan Kayan 21-11, 21-18.

Keputusan

Malaysia 5 England 0

Perseorangan pertama: Lee Zii Jia mn Toby Penty 21-10, 21-15

Beregu pertama: Aaron Chia-Soh Wooi Yik mn Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-15, 21-16

Perseorangan kedua: Ng Tze Yong mn Johnnie Torjussen 21-16, 19-21, 21-11

Beregu kedua: Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei mn Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9

Perseorangan ketiga: Leong Jun Hao mn Cholan Kayan 21-11, 21-18

Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo