Seoul: Biarpun baru berusia 24 tahun, seorang wanita sudah mendapat perhatian di media sosial Korea Selatan bulan ini selepas mendedahkan kejayaannya menyimpan 100 juta won (kira-kira RM344,563) dalam empat tahun dengan amalan berjimat cermat.
Oddity Central melaporkan Ji-Hyeon Kwak mula bekerja ketika dia berusia 19 tahun dan pantas menyedari dia perlu menjimatkan wang jika ingin memiliki kediaman sendiri.
Walaupun memperoleh purata 2 juta won (kira-kira RM6,891) setiap bulan selepas cukai, wanita muda itu berjaya mengetepikan sejumlah wang setiap bulan untuk mengumpul lebih dari 100 juta won dalam tempoh empat tahun.
Itu sudah cukup untuk Kwak memenangi langganan pangsapuri yang bermaksud dia akan segera memiliki tempat tinggalnya sendiri.
Cubaan berjimat dengan gaji kecil tidak mudah namun Kwak terpaksa melakukannya dengan mengawal perbelanjaan kepada setakat 8,400 won (kira-kira RM29) saja untuk makanan setiap bulan.
Bagaimanapun, Kwak tidak hidup secara dengan makan mi ramen segera saja, malah biasanya mengambil makanan diet seimbang dengan kuantiti yang sangat sedikit serta berterima kasih kepada sistem kupon.
Ia kerana sistem itu membolehkannya mendapatkan produk yang diperlukan secara percuma, atau untuk jumlah wang yang sangat kecil, membolehkannya menyimpan sebahagian besar gajinya.
Menerusi penampilan baru-baru ini pada program SBS of Living, wanita itu memaklumkan dia menggunakan pelbagai aplikasi untuk menerima kod serta kod kupon yang kemudiannya boleh dibelanjakan untuk pelbagai produk.
Kwak mengimbas semua resit pembelian yang dibuat dan memperoleh beberapa ratus won setiap kali.
Kedengarannya seperti membuang masa dan data telefon bimbit, namun ia bermanfaat untuk menjimatkan sebanyak mungkin wang.
Salah satu faktor utama yang mana tempahan rumah diberikan di Korea Selatan adalah akaun simpanan untuk membeli rumah.
Ia adalah sistem unik yang bertindak sebagai insentif untuk seseorang menjimatkan wang bagi mendapatkan rumah dan membayarnya.
Sebahagian individu menghabiskan banyak kehidupan mereka dengan harapan dapat dipilih untuk langganan, namun Kwak berjaya melakukannya dalam masa empat tahun.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment