WhatsApp kini telah mula menawarkan kemaskini kepada semua pengguna, membolehkan anda memberikan reaksi berbentuk emoji kepada sesuatu mesej di WhatsApp.
Dengan langkah ini, ia membolehkan anda berinteraksi – atau menandakan telah membacanya tanpa perlu membalas dalam bentuk teks.
Pilihan emoji yang dipaparkan adalah sama seperti pada aplikasi Meta lain, seperti Instagram dan Facebook.
Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, kemaskini ke versi terkini, dan seterusnya anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej untuk sedikit tempoh, dan ia akan memaparkan pilihan emoji untuk diberikan pada sesuatu mesej.
WhatsApp turut memberikan notifikasi kepada pemilik sesuatu mesej apabila menerima reaksi untuk mesej mereka.
Sumber | Amanz
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment