NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tahukah anda, ini tiga punca utama kenapa rakyat tidak minat untuk mengundi

Tiga pilihan raya negeri yang diadakan sebelum ini jelas menunjukkan penurunan minat rakyat untuk mengundi bagi menentukan masa depan politik negeri. - Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR : Tiga pilihan raya negeri yang diadakan sebelum ini jelas menunjukkan penurunan minat rakyat untuk mengundi bagi menentukan masa depan politik negeri.
Felo Kanan Majlis Professor Negara (MPN), Dr Jeniri Amir berkata, tiga punca utama menyebabkan masalah itu iaitu krisis politik, fenomena lompat parti dan ancaman kesihatan serta ekonomi.

"Kalau berdasarkan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor, bersandarkan kepada peratusan mengundi, ada penurunan minat untuk mereka mengundi, atau terbabit dalam menentukan masa depan politik di negeri.

"Di PRN Melaka, peratusan keluar mengundi ialah 66 peratus, di Johor 55 peratus dan Sarawak 61 peratus, ini jauh turun berbanding PRU14 yang menyaksikan peratusan keluar mengundi ialah 82 peratus, dan PRU13, 84 peratus.
"Ini satu penurunan ketara dan merupakan cerminan kepada bagaimana rakyat sudah tidak minat turun mengundi sebab krisis dan pergolakan yang berlaku, dan bagaimana fenomena lompat parti berlaku. Keletihan itu juga sebab tumpuan mereka tidak terlalu berat di sebalik ancaman kesihatan, ekonomi ini yang menyumbang minat mereka terhadap politik," katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Dr Jeniri berkata, penurunan minat rakyat untuk ambil tahu atau terlibat dengan politik negara merupakan cabaran dan ujian kepada pemimpin politik yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum nanti.
Justeru, mereka disaran mengambil peluang dan masa yang ada untuk memenuhi janji-janji yang diberikan pada pilihan raya lalu, selain menyekat fenomena wakil rakyat lompat parti melalui penggubalan Akta Antilompat Parti.
"Ini merupakan cabaran atau ujian kepada pemimpin politik yang akan bertanding PRU nanti. Yang paling penting, harus penuhi janji pada pilihan raya lalu dan laksanakan Akta Antilompat Parti yang akan beri keyakinan kepada pengundi untuk menyekat fenomena itu daripada berlaku," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, pemimpin parti perlu menggerakkan jentera mereka bagi mendekati pengundi 18 tahun dan berusaha menarik minat mereka terhadap politik negara.
Sumber | Astro Awani





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo