NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Scam tawaran kerja sambilan: Empat pelajar rugi RM26,557

Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.- Gambar hiasan

KUANTAN: Gara-gara terlalu percaya tawaran kerja sambilan dengan komisen tinggi bagi setiap jualan barangan, empat pelajar berputih mata apabila kerugian RM26,557 selepas menjadi mangsa penipuan.
Mangsa berusia antara 20 hingga 28 tahun tampil membuat laporan secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Temerloh, Bentong dan Rompin.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Deputi Superintendan Yap Huat Tian berkata, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa menerima tawaran kerja sambilan yang diiklankan melalui laman sosial Facebook, aplikasi WhatsApps dan Instagram.
"Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.
"Pulangan lumayan itu telah menarik minat untuk kesemua mangsa menyertainya dan mangsa diminta untuk membuat pembayaran bagi pembelian barangan melaluinya sindiket terbabit," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.
Huat Tian menjelaskan pihak sindiket telah membuat bayaran pertama dan kedua selepas mangsa selesai membuat jualan.
Tambahnya, tindakan itu dibuat bagi menyakinkan mangsa bahawa keuntungan lumayan sekiranya mereka membeli lebih banyak barangan.
"Kesemua mangsa kemudian membuat tugasan ketiga dan seterusnya, namun mangsa dikatakan tidak terima sebarang bayaran.
"Malah, pihak sindiket memberi pelbagai alasan ketika mangsa menuntut wang keuntungan mereka," katanya.
Beliau berkata, sindiket terbabit mahu mangsa meneruskan tugasan itu dengan mengarahkan mereka membeli barangan lain dan membuat bayaran melalui akaun bank atas nama individu berbeza untuk mendapatkan bayaran keuntungan seterusnya.
Bagaimanapun, mangsa mula curiga apabila terus didesak membeli barangan yang dijual dengan harga semakin tinggi sehingga mereka tidak mampu untuk meneruskan tugasan itu.
"Mangsa menyedari telah ditipu apabila panggilan telefon telah disekat sebelum tampil membuat laporan polis," katanya.
Sehubungan itu, Huat Tian menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan iklan tawaran kerja dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan.
"Bagi mengelak ditipu, orang ramai perlu membuat semakan terhadap akaun yang digunakan secara dalam talian melalui portal Mule CCID bagi mengelak menjadi mangsa," katanya lagi

Sumber | Astro Awani






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo