NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran


KUALA LUMPUR:
Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, di samping mengambil peluang menziarahi ibu bapa, sanak saudara dan sahabat lama, sambutlah Aidilfitri kali ini dengan penuh kesyukuran.

“Mudah-mudahan segala amalan kita sepanjang Ramadan lalu diterima oleh Allah SWT,” ujarnya menerusi catatan di laman Facebook beliau, hari ini.

Pada catatan sebelum itu, ujarnya 1 Syawal 1443H, umat Islam menyambut hari kemenangan buat mereka setelah 29 hari berpuasa.

“Sempena hari yang mulia ini, mari kita eratkan hubungan silaturahim dan saling bermaaf-maafan sesama kita. Moga Allah reda,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Bagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datul Idris Ahmad berkata, 1 Syawal adalah kemenangan buat seluruh umat Islam setelah berjaya menjalani tarbiah Ramadan Al-Mubarak.

“Semoga Allah kurniakan nikmat istiqamah kepada kita untuk melaksanakan amal ibadah,” katanya menerusi laman sosial.

Sementara Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula memuatkan serangkap pantun pada laman sosial beliau, malam tadi.

Tirai Ramadhan berlalu pergi,
Lambaian Syawal memunculkan diri,
Ampun dan maaf segala peri,
Seikhlas hati menyusun jari.
– HARAKAHDAILY 2/5/2022







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo