Rusia kini memperkenalkan sebuah kedai aplikasi yang dibangunkan sendiri secara domestik, dinamakan sebagai RuStore.
RuStore ini dibangunkan oleh VK yang menyediakan perkhidmatan seumpama Facebook di Rusia. Kedai aplikasi ini tersedia untuk pengguna Android bermula hari ini.
Sebelum ini, Apple dan Google telah mengehadkan akses kepada kedai aplikasi mereka dinegara berkenaan – termasuk menghalang aplikasi berbayar dan sebagainya. Ini sekaligus memberikan kesan terhadap para pembangun disana yang kini akan beralih ke RuStore.
RuStore turut dibagunkan dengan sokongan daripada syarikat gergasi teknologi di Rusia seperti Yandex dan juga Kaspersky Lab.
Buat masa ini, terdapat sekitar 100 aplikasi yang tersedia pada kedai aplikasi RuStore, termasuk beberapa perkhidmatan kerajaan.
Sumber | Amanz
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment