BANTING: Pada hari kedua Syawal sudah tentu ramai sanak-saudara serta kenalan berkunjung dari rumah ke rumah bagi meraikan Aidilfitri bersama setelah dua tahun dikekang pandemik.
Namun lain pula kisahnya bagi penduduk di Kampung Bukit Changgang, Banting yang sekarang ini terjejas akibat gangguan bekalan air sejak awal petang Selasa.
Menurut Azman Denan, 49, dia terkejut apabila bekalan air di rumah ibunya terputus sejak jam 1 petang tadi.
Menurut Azman Denan, 49, dia terkejut apabila bekalan air di rumah ibunya terputus sejak jam 1 petang tadi.
"Dalam jam 1 petang tiba-tiba nak mandi air tidak ada.. susah! Kita pun bila tak ada air ni (menyulitkan)... macam-macam benda kita nak basuh.
"Kita tengah sibuk beraya memang tak tahu tak ada air. Memang susah nak memasak, basuh pinggan, orang datang beraya ramai," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI.
Baginya, Aidilfitri yang sepatutnya diraikan dengan keluarga, kini seolah-olah direncat kegembiraannya apabila terpaksa berdepan masalah bekalan air sekali gus membebankan mereka.
"Nampaknya lepas ni kita kena pakai pinggan pakai buang, terpaksa. Kami sempat simpan satu tong sahaja air, memang tak cukup.
"Sedih, memang terganggu. Kami pun tak tahu apa nak buat lepas ini. Mungkin ada rumah adik-beradik yang tidak terkesan, kita kena tumpang mandi," jelasnya lagi.
Pada awalnya tambah Azman, dia merancang untuk berada di rumah ibunya selama tiga hari, namun segala perancangan itu terpaksa ditangguhkan.
Ketika artikel ini ditulis, kira-kira 20 ahli keluarganya berada di rumah ibunya untuk meraikan Syawal.
Namun kemungkinan jelas Azman lagi, majoriti daripada mereka terpaksa pulang awal ke rumah masing-masing.
"Saya pun terperanjat, baru lepas balik beraya. Dengan keadaan air tak ada, ramai tetamu datang, saya rasa sedih.
"Saya harap Kerajaan Negeri Selangor dan kerajaan pusat tindakan pusat ambil tindakan cepat, benda penting ini. Semua orang guna air, binatang pun guna air, kita amat perlukan air," katanya.
Terdahulu, Air Selangor dalam kenyataan media dikeluarkan pada Selasa memaklumkan sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang berdepan gangguan bekalan air sejak jam 3 petang.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment