Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Che Hassan Che Johan, 68, meninggal dunia akibat sakit jantung, malam tadi.
Allahyarham dimasukkan ke hospital dua hari lalu selepas keadaan kesihatannya semakin merosot Rabu lalu.
Anaknya, Mohd Jasin Hafiz Che Hassan, 27, berkata, arwah bapanya mendapatkan rawatan di hospital di ibu negara lebih sebulan lalu.
“Sebelum puasa, ayah dimasukkan ke wad selepas kesihatannya merosot.
“Kali terakhir saya bertemunya di rumah Selasa lalu. Ketika itu keadaannya lemah dan kami menghubungi ambulan dan dia dikejarkan ke Hospital Ampang.
“Keadaannya semakin kritikal dan disahkan meninggal dunia 10.46 malam tadi,” katanya.
Allahyarham meninggalkan dua orang balu serta 13 orang anak.
Jenazahnya dikebumikan di Masjid Al Mukhlisin Alam Damai, Cheras.
Sementara itu Penaung PPMM, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pemergian Che Hassan adalah satu kehilangan besar bukan saja kepada persatuan tetapi kepenggunaan amnya.
Katanya, sepanjang hayatnya Allahyarham begitu prihatin dengan masalah pengguna.
“Saya kehilangan seorang abang, sahabat dan aktivis yang baik. Seorang yang mengambil berat isu-isu semasa. Satu kehilangan besar kepada kita semua,” katanya.
BHOnline
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment