NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PKRC MAEPS dijangka tutup bulan ini, kata KP Kesihatan


PETALING JAYA:
Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang dijangka ditutup pada bulan ini susulan pesakit Covid-19 terus berkurangan.

Sebelum ini, PKRC MAEPS dibuka pada 16 Apr 2020 susulan kes Covid-19 meningkat sebelum ditutup pada 15 Jul tahun sama.

Ia kemudian dibuka semula pada Dis 2020 dan ditutup pada 8 Feb lalu namun terpaksa dibuka semula susulan penularan varian Omicron pada 25 Feb.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, susulan penutupan itu dua hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Putrajaya dijadikan sebagai alternatif merawat pesakit Covid-19.

“Pesakit di PKRC MAEPS ada tetapi berkurangan jadi, akan ditutup pada bulan ini juga. Kita juga sudah siapkan PKRC di HTAR dan Hospital Putrajaya melibatkan 20 katil (di kedua-dua hospital) tetapi masih tidak digunakan kerana pesakit kurang.

“Kalau kita lihat, 99.5% kes dikesan melibatkan kategori satu dan dua manakala, kemasukan kes bagi kategori tiga, empat dan lima amat berkurangan, jadi kita masih ada kemampuan terima pesakit,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan 1 Syawal Hospital Putrajaya.







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo