Halangan ekonomi ke atas Rusia semakin meruncing lebih dua belan sejak negara ini melakukan serangan ke atas Ukraine. Sebelum ini Google telah menghalang pengguna Android di Rusia dari melakukan pembelian aplikasi dan melakukan langganan perkhidmatan berbayar menerusi App Store. Bermula Khamis lalu, mereka akan dihalang dari memuat turun aplikasi berbayar dan pembangun pula tidak lagi boleh mengemaskini aplikasi mereka.
Hanya muat turun dan kemas kini aplikasi percuma boleh dilakukan selepas ini. Tindakan diambil oleh Google bagi mematuhi arahan sekatan ekonomi dan teknologi yang telah dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas Rusia bagi memberikan tekanan kepada Presiden Putin untuk menghentikan operasi ketenteraan.
Halangan ekonomi memaksa panggung wayang Rusia menayangkan filem yang dimuat turun secara haram. Sementara itu dia faundri di Rusia telah dihalang dari mengakses teknologi milik ARM oleh kerajaan UK hanya beberapa hari yang lalu. Walaupun ia menimbulkan pelbagai masalah, Rusia masih berkeras meneruskan operasi di Ukraine.
Sumber | Amanz
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment