PETALING JAYA: Pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR bagi penggal 2022 hingga 2025 adalah berbeza dan tidak akan mengulangi episod pemilihan pada tahun 2018.
Calon jawatan tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana saingan untuk merebut jawatan nombor dua dalam parti itu disifatkan sebagai pertarungan keluarga.
Malah, kata Saifuddin pertembungan itu juga tidak akan meruntuhkan hubungan persahabatan beliau dengan
"Tetapi saya nak tegaskan ini adalah pertarungan keluarga, yang tak boleh mencarik persahabatan, atau tidak boleh meruntuhkan setiakawan.
"Saya sebut garis-garis itu... maknanya saya tetap meraikan, dan mengiktiraf Rafizi (sebagai) sahabat saya. Dia mempunyai banyak kualiti, dan saya yakin pemilihan ini tidak akan mengulangi episod lepas.
"Maknanya bukan orang kata menang jadi abu, kalah jadi arang, tidak. Jadi semangat itu yang saya yakin akan membezakan pemilihan kali ini," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Gagasan #KitaSemuaKeadilan, di sini pada Sabtu.
Ditanya mengenai tahap keyakinan untuk berdepan dengan Rafizi, Saifuddin yang juga Setiausaha Agung PKR menyifatkan ia sebagai 'haqqul yaqin'.
"Saya bermula bila saya menawarkan diri (untuk jawatan Timbalan Presiden), itu bermula dengan keyakinan, yakin atau 'haqqul yaqin' dah...," katanya dalam nada berseloroh.
Pemilihan PKR akan diadakan bermula 13 hingga 22 Mei ini.
Rafizi, yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan akan berdepan Saifuddin dalam pertarungan satu lawan satu.
Rafizi sebelum ini bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR semasa pemilihan pada 2018, namun kalah tipis kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Selepas pemilihan itu, Rafizi menarik diri daripada arena politik, sementara Azmin pula menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Sumber | Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment