Menteri Pengangkutan kini berkongsilanjut berkenaan dengan masalah perkhidmatan melibatkan seru-pandu akhir-akhir ini, dimana ramai merungut harga tambang yang meningkat mendadak dan membebankan pengguna.
Berkongsi mengenainnya, Menteri Pengangkutan mengatakan tambang asas untuk penyedia perkhidmatan seru-pandu adalah sekitar 70 sen ke 90 sen untuk setiap kilometer.
Ia berbeza dengan teksi yang ditetapkan kepada RM1.25 untuk setiap kilometer. Namun, bezanya adalah teksi tidak mempunyai surcaj atau caj tambahan, sebaliknya perkhidmatan seru-pandu mempunyai surcaj. Surcaj ini mengambil kira beberapa faktor, seperti permintaan dan sebagainya.
Apa pun, Menteri Pengangkutan mengatakan surcaj yang dikenakan oleh khidmat seru-pandu tidak boleh melebihi 200%.
Sekiranya melanggar, Kementerian Pengangkutan boleh mengambil beberapa tindakan, termasuk menarik kembali lesen atau menggantung lesen.
Buat masa ini, pihak kementerian telah meminta APAD untuk melakukan siasatan sama ada terdapat pelanggaran peraturan – dan kementerian menantikan laporan berkaitan denganya.
Sumber | Amanz
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment