NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jadikan kipas makmum solat jelas persenda agama

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. - NSTP/ DANIAL SAAD

GEORGETOWN: Tindakan beberapa pihak terutama golongan muda yang menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat seperti dalam video yang tular menunjukkan golongan itu jahil dalam agama Islam.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, perbuatan mereka itu jelas menunjukkan sengaja mempersendakan dan tidak menghormati agama Islam.

"Pihak berkuasa perlu menyiasat sama ada pelaku adalah seorang yang siuman, mengalami masalah mental atau sebaliknya. Saya harap pihak berkuasa segera menyiasat dan bertindak selaras dengan hasil siasatan.

"Jika pelaku didapati sengaja mempersendakan agama atau ibadah maka dia perlu diadili di mahkamah syariah dan dihukum mengikut undang-undang sedia ada," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebenarnya perbuatan itu juga satu penghinaan terhadap agama dan mempersendakan Islam jelas berdosa besar serta boleh merosakkan akidah seseorang.

Wan Salim berkata, jika pelaku berniat untuk mempersenda ibadat, maka dia dikira murtad dan wajib bertaubat.

"Masyarakat perlu sedar bahawa perbuatan mempersendakan atau memperolok-olokkan ibadat adalah berdosa dan boleh merosakkan akidah keimanan seorang Muslim," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dilaporkan meminta orang ramai melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat.

Ia susulan video tular baru-baru ini, khususnya di aplikasi TikTok yang memaparkan tindakan individu berlakon menunaikan solat dengan menjadikan kipas sebagai makmum atau imam. – BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo