NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu parti nasional atau tempatan menjadi penghalang pembangunan Malaysia Timur hanya pandangan peribadi - Bung


KOTA KINABALU: Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (gambar) berkata, tidak timbul persoalan antara parti nasional dan parti tempatan yang akan menjadi penghalang pembangunan negeri negeri Malaysia Timur Sabah dan Sarawak.

Katanya, pandangan yang dilontarkan oleh Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah merupakan pandangan peribadi beliau.


Jelas Bung lagi, ianya bukanlah satu kekangan bagi pemimpin Sabah untuk terus menuntut hak pembangunan di negeri ini selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).


"Ini sekadar pandangan peribadi beliau, isunya samada parti nasional atau tempatan hak rakyat Sabah akan tetap disuarakan mengikut saluran yang betul, selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.


Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Abdul Karim yang menyebut kawalan parti bukan tempatan di Sabah menghalang kerjasama negeri di Malaysia Timur dalam menuntut hak dibawah (MA63).

Menurut Bung seperkara yang menjadi kelebihan kepada Sabah walaupun dari parti nasional isu pembangunan dan tuntutan (MA63) selain dibawa berbincang atau membawa isu ke mahkamah pemimpin Sabah dari parti Nasional boleh berhubung secara langsung dengan pemimpin pusat  bagi memastikan kelangsungan pembangunan dan pembelaan rakyat berterusan khususnya di Sabah.


"Samada parti Nasional atau parti tempatan hala tujunya adalah sama, perjuangan untuk membela rakyat, yang membezakannya adalah cara untuk mendapatkan bantuan dengan cara yang segera dan mudah, seharusnya selari dengan parti nasional yang memerintah," katanya.


Bung menambah sewaktu Sabah sealiran dengan pentadbiran pusat sebelum 2018, pembangunan di Sabah amat pesat membangun tidak perlu memberontak atau membawa isu pembangunan ke mahkamah hanya dengan cara berbisik dengan pemimpin pusat, peruntukan tetap diperolehi.


Menurut Bung, Sabah juga pernah diperintah oleh parti tempatan namun kesan pembangunan yang dilakukan masih kurang berkesan malah masih ada keperluan untuk meminta peruntukan dari kerajaan pusat yang diterajui oleh parti nasional.


"Sekali lagi saya menegaskan kenyataan Abdul Rahman hanya kenyataan peribadi yang seharusnya tidak dilontarkan oleh seorang pemimpin kerana ianya boleh menjejaskan hubungan baik antara kerajaan negeri dan pusat malah boleh merencatkan gagasan Perdana Menteri melalui konsep 'Keluarga Malaysia' yang membawa pembangunan yang lebih seimbang antara wilayah," jelas Bung.

Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah yakin Sabah akan membangun dengan pesat dibawah parti nasional.


Sumber | UtusanBorneo





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo