NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Israel berang, Hitler berketurunan Yahudi


ISRAEL berang selepas Menteri Luar Rusia mendakwa pemimpin Nazi, Adolf Hitler ‘mempunyai darah keturunan Yahudi’.

Sergei Lavrov didakwa membuat kenyataan itu untuk mengesahkan tuduhan Rusia bahawa Ukraine dipengaruhi oleh golongan berfahaman ‘Nazi’ meskipun presiden Ukraine berketurunan Yahudi, lapor BBC.

Kementerian Luar Israel telah memanggil duta Rusia di negara itu untuk menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan berkenaan.

Lavrov membuat kenyataan itu dalam program temu bual TV Itali, Zona Bianca on Sunday, sehari selepas Israel memperingati tragedi pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh pemerintah Nazi Jerman.

Hitler ketika memimpin Jerman didakwa membunuh enam juta rakyat keturunan Yahudi ketika Perang Dunia Kedua. — BebasNews







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo