NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hasil kejayaan di ACL, JDT raih RM1.35 juta

Pemain Ulsan Hyundai FC Park Youngwoo (dua, kanan) menjaring gol sendiri ketika menentang JDT pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim, Johor, semalam. JDT menang 2-1. - Foto BERNAMA.


KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mengumpul AS$310,000 (kira-kira RM1.35 juta) hasil daripada siri keputusan positif yang diraih mereka di peringkat kumpulan dan kejayaan mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Ia kerana, menurut apa yang ditetapkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) setiap pasukan yang menang dalam aksi peringkat kumpulan akan menerima AS$50,000 (RM217,600) sementara pasukan yang seri akan mendapat habuan AS$10,000 (RM43,520).

Justeru, berdasarkan empat kemenangan dan satu seri yang diraih skuad Harimau Selatan dalam Kumpulan I, mereka mengumpul AS$210,000 (RM913,920).

Selain itu, anak buah Benjamin Mora turut menambah habuan AS$100,000 (RM435,200) lagi susulan kejayaan skuad itu melangkah ke pusingan 16 terakhir, semalam.

JDT yang juga juara Liga Super lapan kali berturut-turut mencipta sejarah apabila mara ke pusingan kalah mati saingan ACL buat kali pertama susulan kemenangan 2-1 ke atas Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim.

Leandro Velazquez meledak gol pembukaan buat JDT pada minit kelima, sebelum kelebihan itu dipadam dengan gol penyamaan Jun Amano, seminit kemudian.

Tuah JDT hadir pada masa kecederaan apabila Park Yong-Woo tertampan bola hantaran Arif Aiman Hanapi ke gawang sendiri, sekali gus menjadi gol 'emas' buat skuad Harimau Selatan.

Justeru, jaringan Yong-Woo itu boleh dianggap bernilai AS$150,000 (RM652,800) kepada JDT kerana ia bukan saja memberi kemenangan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan, malah turut membawa skuad Harimau Selatan ke pusingan 16 terakhir.

Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo