Google Translate sehingga hari ini masih menjadi aplikasi dan perkhidmatan penterjemahan kegemaran saya. Cara Google boleh membaca teks dan melihat gambar dan menterjemah teks asal kepada bahasa yang saya faham dengan pantas adalah begitu menarik.
Ada kalanya penterjemahan secara terus masih memerlukan saya buka kamus untuk rujukan, tetapi ada kala terjemahan diberi sudah boleh digunakan. Aplikasi ini turut menerima kemaskini antaramuka baharu Material You, dan kini mereka hadir dengan ciri baru lain yang mungkin akan memudahkan lagi pengguna.
Google Translate kini boleh simpan dan sandarkan sejarah terjemahan yang dilakukan terus dalam akaun Google. Saya semak senarai terjemahan yang ada pada Galaxy S22 Ultra, kini sudah ada pada Vivo X80 Pro yang sedang saya gunakan. Terjemahan sejak tahun 2020 lagi masih disimpan.
Dengan boleh akses sejarah terjemahan ini, ia membenarkan pengguna melakukan rujukan atau ulangkaji apa yang perlu dengan lebih mudah. Tetapi jika anda tidak berminat, data terkumpul boleh sahaja dipadamkan di Aktiviti Google.
Sumber | Amanz
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment