NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Fenomena gerhana bulan penuh pada hari esok


Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kini berkongsi mengatakan Bumi akan melalui fasa Gerhana Bulan Penuh esok, iaitu pada 16 Mei 2022. Gerhana bulan berlaku apabila bumi terletak antara matahari dan bulan, sehingga bayang bumi akan menutup bulan.

Fenomena gerhana bulan penuh untuk tahun ini akan berlaku 1.5 hari sebelum kedudukan Bulan yang paling dekat dengan Bumi, iaitu pada jarak 360,297 km.




Apa pun, fenomena ini tidak akan dapat dilihat dari Malaysia, sebaliknya akan dapat dilihat di benua Amerika Utara, Amerika Selatan, Lautan Atlantik, sebahagian barat Eropah, dan juga barat Afrika.

Ia tidak dapat dilihat di Malaysia kerana fenomena ini berlaku mulai jam 9.32 pagi, dan berakhir pada waktu 2.50 petang. Disebabkan bulan berada dibawah ufuk ketika itu, maka kita di Malaysia tidak akan dapat melihat sepenuhnya.

Secara purata, gerhana bulan berlaku sekitar dua kali setahun, dan mungkin kita akan sekali lagi dapat melihatnya sekitar November kelak.


Sumber | Amanz





............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo