Air pada paras lutut melanda Kampung Semarak Rahang, Seremban, malam ini. - Foto ihsan pembaca |
SEREMBAN: Sekurang-kurangnya 60 rumah penduduk di Kampung Semarak Rahang di sini, dinaiki air susulan banjir kilat malam ini.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Komuniti Kampung (MPKK), Hassan Hussin, 65, berkata air mula naik pada sekitar jam 8 malam, selepas hujan lebat turut sejak 6 petang tadi.
"Tidak sampai dua jam hujan, air mula naik ke kawasan halaman rumah penduduk. Kira-kira 60 buah rumah dinaiki air sedalam 1.2 meter di dalam rumah.
"Kebanyakan penduduk berada di rumah ketika banjir naik dan setakat ini, tiada perkara tidak diiingini," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, penduduk kampung berkenaan, Zaharuddin Abd Majid, 43, berkata air naik dengan cepat dan penduduk bertungkus lumus menyelamatkan barang berharga.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyelamat mangsa banjir di Kampung Ismail, Ampangan, Seremban. - Foto ihsan APM |
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyelamat mangsa banjir di Kampung Ismail, Ampangan, Seremban. - Foto ihsan APM |
Sebahagian kediaman penduduk di Kampung Semarak Rahang, Seremban banjir kilat. - Foto ihsan pembaca |
Angkatan Pertahanan Awam (APM) menyelamat mangsa banjir di Kampung Ismail, Ampangan, di Seremban, malam ini. - Foto APM |
Katanya, pihak keselamatan yang dihubungi sukar sampai ke lokasi kerana terhalang banjir.
"Ada penduduk yang tidak sempat mengalihkan kenderaan kerana air cepat naik.
"Ini kali kedua banjir kilat melanda kawasan ini selepas Disember lalu," katanya.
Beberapa penempatan lain seperti di Blok C Ampangan dan rumah penduduk di pinggir Sungai Linggi dan Kampung Ismail di sini turut dinaiki air banjir.
Sumber | BH Online
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment