NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Arab Saudi Sambut Aidilfitri Esok


RIYADH
– Mahkamah Diraja Arab Saudi menetapkan bahawa 2 Mei (esok) adalah Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam di negara itu, lapor akhbar Saudi Gazette.

Berdasarkan laporan Mahkamah Agung, hari ini (Ahad) akan menjadi hari terakhir umat Islam di Arab Saudi menjalani ibadah puasa.

“Mahkamah Agung menyatakan bahawa berikutan laporan yang diterima daripada mahkamah berdasarkan keterangan mereka yang pakar dalam bidang itu, anak bulan Syawal tidak kelihatan.

“Oleh itu, ia telah telah diputuskan bahawa Ahad, 30/9/1443H, bersamaan dengan 1 Mei adalah hari terakhir bulan suci Ramadan.

“Oleh yang demikian, hari Isnin, 1/10/1443H, bersamaan dengan 2 Mei adalah hari pertama Aidilfitri,” demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi berita Arab Saudi.

Terdahulu, anak bulan Syawal tidak dapat dilihat dari balai cerap Tamir mahupun balai cerap Universiti Majmaah di Hautat Sudair pada Sabtu.

Kosmo Online







............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo