LPT3
"Alangkah baiknya jika Lebuhraya Pantai Timur disambung dari Terengganu terus ke Kelantan."
Itulah lintasan yang hadir di hati saat melihat khabar daripada kawan-kawan yang bertolak dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu ambil masa 10 jam.
Hari ini rasai sendiri, dari Pasir Mas ke Kuala Terengganu ambil masa 7 jam. Ya, kalaulah ada lebuhraya mungkin tidak selama ini perlu berbaris-baris.
Hingga menyelit-nyelit dalam ladang sawit, kebun getah dan jalan berbatu nan berselut semata-mata mencari jalan mengelakkan kesesakan yang amat dahsyat.
Air Kelantan
Begitu juga isu air Kelantan. Menurut Saudara Nazman Che Ibrahim dalam tulisannya bertajuk Isu Air Kelantan ; Mengenang Kezaliman UMNO (1990-2016), kena baca tulisan ini.
Berbelas tahun Kelantan dinafikan peruntukan pembangunan bekalan air oleh Kerajaan Persekutuan, sejak 1990. 2003 barulah Kelantan dapat bina loji baru di Chicha.
Lebih perit, Kelantan pernah mohon RM600 juta untuk 5 tahun bagi membangun dan mengurus bekalan air. Namun, peruntukan ini diberikan untuk 15 tahun secara pinjaman sedangkan negeri lain secara geran.
Keperluan sebenar untuk menguruskan air bagi 15 tahun sepatutnya RM2 billion, tapi diberikan pinjaman RM 600 juta sahaja.
Kiraan orang kampungnya begini, setahun kita perlu RM 120 juta, tiba-tiba dia beri pinjam setahun hanya RM 40 juta.
Kalau kereta punoh tayar 3 butir, kita boleh baiki sebutir jah. 2 butir lagi boleh baiki tahun depan dan dua tahun depan. Tapi kereta nak kena gerak jugak.
Begitulah Kami Melawan
Tiba-tiba pengerusi UMNO Kelantan, buat perli buka paip air tak ada. Mereka yang pijak-pijak kita, tiba-tiba bak hero bertanya penuh lembut "kenapa lebam-lebam dan berdarah nie."
Inilah watak antagonis yang kalau dimainkan dalam Drama Pukul 7 pasti menjadi makian mak cik - mak cik bawang.
Perit menjadi rakyat di negeri yang dianaktirikan. Hanya kerana perbezaan politik, hak dan kepentingan umum dinafikan.
Namun, parut-parut inilah yang selalu diingati oleh anak Kelantan tatkala melalui jalan untuk pulang dan membuka paip air.
Parut ini membangunkan suatu pemikiran anak Kelantan bahawa memilih UMNO, suatu hal yang menjatuhkan maruah anak Kelantan.
Akhirnya, selepas PRU14 dan PN menjadi Kerajaan Persekutuan, LPT3 dan Air Kelantan barulah timbul dipermukaan tasik Putrajaya.
Namun, nak selesaikan pembangunan tertangguh puluhan tahun ini, pastinya tidak dapat dilunaskan dalam masa dua tiga tahun, yang penting ada permulaan dan perkembangannya.
Moga Kerajaan Negeri mengambil peluang ini semaksima mungkin panjat tangga di setiap Kementerian, bawa pulang pembangunan tertangguh di Kelantan.
Ahmad Fahmi Mokhtar
Anak Rantau.
https://www.facebook.com/100000856990910/posts/5278177205554127/?d=n
No comments
Post a Comment