Ling Tian Soon (dua dari kanan) meletakkan telur nyamuk Aedes Berwolbochia pada Majlis Pelancaran Projek Nyamuk Aedes Berwolbachia - Foto NSTP/Omar Ahmad |
Katanya 222,500 telur akan dilepaskan setiap fasa yang keseluruhannya membabitkan 14 fasa pelepasan dalam tempoh dua tahun 20 minggu.
"Daerah Johor Bahru dipilih sebagai tempat pertama untuk melaksanakan projek nyamuk aedes berwolbachia kerana mencatatkan 64.5 peratus kes demam denggi di negeri ini.
"PPR Kempas adalah kawasan panas demam denggi, selain memiliki jumlah penduduk yang padat.
"Nyamuk aedes wolbachia adalah aedes yang disuntik bakteria wolbachia dan berfungsi merencatkan keupayaan nyamuk aedes daripada menyebarkan virus denggi," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Nyamuk Aedes Berwolbachia di PPR Kempas Permai di sini, hari ini.
Menurut Tian Soon, sebiji telur nyamuk aedes berwolbachia menelan kos 45 sen.
Katanya pihaknya akan membuat kajian berhubung keberkesanan projek itu terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke kawasan panas yang lain.
"Dalam tempoh dua tahun 20 minggu, kita akan lepaskan 14 fasa nyamuk aedes berwalbachia di kawasan ini dan berharap ia berjaya mengurangkan kes denggi di PPR ini.
"Daripada hasil kajian yang dijalankan di Pulau Pinang dan Selangor, penggunaan kaedah ini dapat mengurangkan kes demam denggi sehingga 40 peratus," katanya.
Untuk tempoh 1 Januari sehingga 14 Mei tahun ini, kes kumulatif denggi menunjukkan penurunan sebanyak 41.2 peratus kepada 566 kes berbanding 963 kes.
Bagaimanapun, bagi minggu Epid 19 tahun ini, sebanyak 57 kes demam denggi dilaporkan berbanding 31 kes pada Minggu Epid 18, tahun ini, dengan daerah Johor Bahru mencatatkan kes paling tinggi iaitu 22 kes.
Sumber | BH Online
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment