Antara bakal jemaah haji yang hadir pada majlis penutup Program Kursus Perdana Haji di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang di Johor Bahru hari ini. - Foto Astro AWANI |
JOHOR BAHRU: Seramai 1,246 bakal jemaah haji dari Johor akan berlepas ke tanah suci bermula 19 Jun depan dengan penerbangan pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai akan membawa 160 bakal jemaah.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, terdapat enam penerbangan dari Johor yang mana penerbangan akhir dijadualkan pada 28 Jun depan.
"Bagi penerbangan pertama pada 19 Jun depan adalah seawal pukul 4.30 petang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penutup Program Kursus Perdana Haji di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang di sini hari ini.
Turut hadir, Pengarah Tabung Haji Negeri Johor, Abu Shukor Jangga.
Sementara itu Mohd Fared berkata Tabung Haji (TH) pada masa sama, sentiasa mengalu-alukan mereka yang ingin membuat permohonan rayuan haji, namun ia tertakluk kepada budi bicara kerajaan Arab Saudi.
"Tabung Haji sendiri dapat maklumat yang lewat dari kerajaan Arab Saudi, bukan Tabung Haji melewat-lewatkan.
"Kita hormati kerajaan Arab Saudi kerana mereka juga ada urusan keselamatan mereka. Akibat itu melewatkan sedikit urusan di tanah air. saya percaya kita ada mohon kouta tambahan ia tertakluk kepada budi bicara Arab Saudi. Siapa nak mohon Tabung Haji tidak tidak menghalang," katanya lagi.
Beliau berkata Malaysia pada musim ini diberikan kuota 14,306 jemaah iaitu 45 peratus daripada kuota tahunan yang biasa iaitu sekitar 31,000 jemaah.
Sementara itu, Abu Shukor memaklumkan seramai 200 bakal jemaah haji yang menerima surat tawaran haji, tidak dapat menerima panggilan itu atas pelbagai sebab.
Antaranya ada yang tidak menjawab surat tawaran haji kerana bertukar alamat dan yang menolak kerana masalah kesihatan serta kewangan.
Sumber | Astro Awani
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment