Universiti Sains Islam Malaysia hari ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records denga aplikasi Quran Isyarat pertama di Malaysia.
Melalui aplikasi ini, ia memudahkan komuniti OKU pendengaran untuk membaca dan mengikuti terjemahan al-Quran dengan mudah.
Aplikasi ini ditawarkan secara percuma di Android dan iOS, membolehkan pengguna seluruh dunia untuk memuat-turun dan menggunakannya.
Aplikasi ini telah dibangunkan bermula sebagai hasil projek tahun akhir pelajar sesi 2015/2016. Sejak daripada itu, ia telah ditambah-baik, termasuk bekerjasama dengan pelbagai pihak.
Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Quran Isyarat ini di Android dan iOS hari ini.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment