Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini agak aktif dalam menceburi arena baharu dan telah memeterai perjanjian dengan beberapa pihak sebelum ini, iaitu Shopee dan Lazada. Terbaru, UiTM turut mengumumkan kerjasama dengan pihak TikTok.
UiTM mengatakan langkah ini adalah dalam meningkatkan kerjasama bersama rakan industri gergasi, dalam mempelopori arena pendidikan moden menerusi media sosial.
UiTM menyasarkan untuk menggunakan TikTok dalam menyediakan pendidikan lebih fleksibel, disamping turut membuka ruang dalam memperhebatkan pengajaran dan pembelajaran – terutamanya jarak jauh dan terbuka.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi projek yang akan dijalankan bersama. UiTM mengatakan projek bersama akan diperkenalkan dalam skop pendidikan jarak jauh dan terbuka, selain pendidikan formal sesi kuliah.
Sebelum ini, pada 2021 lepas, UiTM Sabah telah melaksanakan program TikTok Guru Bah! yang sedia menerima sokongan meluas. Mungkin kita akan dapat melihat penawaran kandungan seumpamanya melalui kerjasama ini.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment