NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Trafik di lebuh raya mulai lancar


SUBANG: Pergerakan aliran trafik di beberapa laluan di sekitar lebuh raya utama mulai lancar berikutan jumlah kenderaan balik ke kampung sempena sambutan Aidilfitri berkurangan, petang tadi.

Tinjauan bersama Pegawai Turus Latihan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Asisten Superintendan Juliana Jamak dan Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan tinjauan udara dengan menaiki helikopter bermula jam 5 petang tadi.

Berdasarkan tinjauan dilakukan di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak di Plaza Tol Gombak mendapati trafik mulai lancar di kedua-dua arah termasuk menghala ke timur.

Selain itu, aliran trafik juga lancar di Lebuh raya Utara Selatan dari Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Plaza Tol Seremban dan Plaza Tol Senawang.

Sementara itu, tinjauan menerusi akaun rasmi Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga jam 6 petang tadi melaporkan kemalangan di Kilometer (KM) 437 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan dari Sungai Buaya ke Rawang menyebabkan trafik perlahan.

Di lebuh raya sama arah selatan, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Pedas Linggi ke Simpang Ampat; Skudai ke Senai Utara ke Sedenak dan Tambak Johor (sempadan Singapura-Malaysia).

LLM juga melaporkan kemalangan berlaku di Lebuh raya Utara Selatan di KM 133.8 arah utara dari Juru ke Sungai Dua dengan kenderaan terbabit berada di lorong kecemasan dan mengakibatkan trafik perlahan.

Terdahulu, media melaporkan beberapa lebuh raya utama sesak berikutan orang ramai mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri bermula tengah malam tadi.

Ia susulan pengumuman bayaran tol percuma dan diskaun hingga 50 peratus oleh kerajaan bermula 12 tengah malam tadi hingga 11.59 malam esok.

Sumber | BH Online






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo