NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TikTok ketika serbuan: ASP Wanita dipindahkan ke Johor


KUALA LUMPUR:
Seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok ketika operasi di sebuah pusat hiburan, kini dipindahkan ke jabatan lain.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi BERNAMA pagi ini mengesahkan perkara itu dan memaklumkan ASP wanita itu akan berpindah ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Isnin lalu, Pengarah JSJN, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menyifatkan tindakan ASP berkenaan menerusi akaun TikTok miliknya bersifat peribadi dan hanya bertujuan untuk mempromosikan akaun media sosial berkenaan.

Terdahulu, tular satu video berdurasi satu minit 38 saat yang memaparkan ASP wanita memakai jaket seragam operasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Asisten Superintendan menerangkan tentang sebahagian skop kerjanya menjalankan serbuan dan pemeriksaan.




............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo