Sebelum ini, sekiranya anda ingin menghantar mesej ke sesuatu nombor, anda perlu menambah nombor berkenaan ke buku alamat, dan seterusnya baru boleh menghantar mesej.
Perkara ini mungkin tidak diminati ramai. Mengatasinya, kini WhatsApp mula memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan anda menghantar mesej ke sesuatu nombor yang dikongsikan melalui WhatsApp, tanpa perlu menambah ia ke buku alamat terlebih dahulu.
Sebaik sahaja anda tap pada sesuatu mesej, ia akan menyemak sama ada nombor berkenaaan berdaftar dengan WhatsApp atau tidak. Sekiranya berdaftar, anda boleh menghantar mesej terus.
Tetapi sekiranya sebaliknya, pengguna hanya diberikan pilihan membuat panggilan atau tambah ke buku alamat sahaja.
Kemaskini baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, bermula daripada pengguna WhatsApp Beta.
Sumber | Amanz
No comments
Post a Comment