NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Satu sen harga lebih pun satu kesalahan' - Alexander

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: "Satu sen sahaja kenaikan harga barang yang dijual itu melebihi harga siling ditetapkan, adalah satu kesalahan," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan peniaga yang menjual ayam mentah sehingga RM10 sekilogram berbanding harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan adalah sebanyak RM8.90.

"Itu memang satu kesalahan, kerana dah melebihi harga maksimum yang kita tetapkan, satu sen lebih pun dah jadi kesalahan apa lagi jika ia dijual sehingga RM10 sekilogram, itu adalah kesalahan besar.

"Tidak kira apa sahaja alasan yang diberikan, kerana kita sudah buat sekatan harga maksimum di pelbagai peringkat termasuk di ladang, pemborong dan peruncit.

"Kita sudah mengambil kira margin (keuntungan) mereka, jika di peringkat borong jual terlalu mahal, dia (pemborong) itu sudah buat kesalahan la kerana jual melebihi harga yang ditetapkan. Jadi kita minta jasa baik pengguna yang ada laporan mengenai ini, untuk salurkan kepada kita untuk kita siasat," katanya dalam sidang media selepas mengadakan 'walkabout' di Bazar Ramadan Putrajaya sempena Ops Pantau 2022, Presint 3, di sini.

Sebelum ini, BH melaporkan kebanyakan peniaga di beberapa pasar basah utama di Pandan dan Larkin di Johor tidak mematuhi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan dan menjualnya antara RM9.50 hingga RM10 iaitu antara 60 sen sehingga RM1.10 lebih tinggi.

Peniaga memaklumkan mereka dalam keadaan tersepit kerana menerima bekalan pada harga tinggi iaitu RM8.60 sekilogram daripada pembekal dan menyebabkan tidak dapat mematuhi harga siling berkenaan.

Sebelum ini KPDNHEP menetapkan bermula 5 Februari harga siling runcit bagi ayam standard adalah RM8.90. Harga berkenaan akan dikuatkuasakan selama 121 hari iaitu sehingga 5 Junbagi menjamin kestabilan harga ayam dan makanan berkaitan harga mentah.

Sumber | BH Online




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo