NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sabah terima penerbangan antarabangsa pertama 16 April


KOTA KINABALU: Sabah dijadual menerima kemasukan penerbangan antarabangsa yang pertama dari Singapura pada 16 dan 29 April ini selepas pintu sempadan negara dibuka pada 1 April lalu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata penerbangan berkenaan adalah melalui pesawat AirAsia dan Scoot, penerbangan tambang murah Singapura.

"Saya yakin ramai (pelancong Singapura) yang menanti penerbangan ke Sabah kerana sebelum ini saya mendapat jemputan bersama ejen pelancongan (Singapura) untuk berbincang perkara ini, tetapi pintu sempadan masih ditutup" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Juadah Keluarga Malaysia anjuran Sutera Harbour Resort di sini malam tadi.

Jafry berkata, selain Singapura, penerbangan dari Brunei Darussalam juga akan mula beroperasi ke Sabah bermula 6 Mei depan dengan dua penerbangan seminggu, iaitu pada Jumaat dan Ahad.

Mengenai program itu, beliau berkata, merupakan aktiviti tahunan resort berkenaan yang diadakan setiap Ramadan, namun sejak COVID-19 melanda negara dua tahun lalu, ia telah dihentikan buat sementara waktu.

Katanya, fasa peralihan ke endemik mulai April, membolehkan lebih banyak resort mahupun hotel menyediakan hidangan juadah pelbagai jenis makanan, sekali gus memeriahkan suasana Ramadan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sutera Harbour Resort, Gilbert Ee, berkata Juadah Keluarga Malaysia akan bermula pada jam 6 petang setiap hari sehingga 10 malam dengan harga RM138 untuk dewasa dan RM70 untuk kanak-kanak berusia empat hingga 11 tahun.

Katanya, lebih 300 juadah berbuka yang disahkan halal disediakan selain persembahan ghazal istimewa semasa berbuka dan kemudahan surau turut disediakan untuk tetamu menunaikan solat maghrib serta Tarawih. - BERNAMA




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo