NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pergolakan Dalam PKR makin melebar dengan usaha penyingkiran orang-orang "Azmin"


GOMBAK -
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Gombak tidak perlukan ketua baharu dan yakin dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari untuk mengemudi Gombak dan Selangor.

Calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak, Muhammad Husaini Mohd Yunos berkata, PKR Cabang Gombak telah jauh meninggalkan fasa sukar dan siri pengkhianatan disebabkan Langkah Sheraton.

Menurutnya, Amirudin telah berusaha membina keyakinan kepada anggota parti Gombak untuk teguh bersama PKR.

"Ini jelas terbukti melalui kredibiliti dan kepemimpinan Amirudin yang kekal di tahap terbaik serta tidak terjejas sedikit pun kerana pengkhianatan bekas pemimpinnya.

"Kerja keras ini bukan sahaja diakui oleh anggota bawahan tetapi Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan pujian secara terbuka menerusi program bersama anggota dan pimpinan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam sebuah portal berita yang memberitahu mempunyai masalah kepercayaan dengan kepimpinan Amirudin sebagai Ketua PKR Cabang Gombak.

Farhash akan mencabar Amirudin bagi jawatan Ketua PKR Cabang Gombak selain turut bersaing bagi kerusi Naib Presiden PKR.

Muhammad Husaini berkata, Farhash tidak perlu menjadi jaguh di Gombak susulan anggota parti tekad memberikan kepercayaan kepada Amirudin untuk kekal memimpin. _ Sinar Harian


............oo000oo...........
PENAFIAN 1
  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo