NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perdana Menteri Pakistan digulingkan


ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan berjaya digulingkan selepas kehilangan sokongan menerusi undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya.

Undian itu diadakan lewat tengah malam tadi, selepas parti pembangkang mengemukakan usul tersebut seperti keputusan yang dikekalkan oleh Mahkamah Agung.

Susulan itu, Pakistan perlu melantik Perdana Menteri Baharu bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Parlimen Pakistan akan bermesyuarat untuk mengundi pemimpin baharu negara, esok.

Perdana Menteri baharu yang dilantik akan memegang jawatan itu sehingga Oktober 2023, sebelum pilihan raya baharu diadakan.

Imran memegang rekod sebagai Perdana Menteri Pakistan pertama yang digulingkan menerusi undi tidak percaya.

Sebelum ini, Mahkamah tertinggi negara memutuskan tindakan Imran untuk menghalang undi tidak percaya adalah tidak berperlembagaan.-BBC

Sumber | Utusan




............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo