NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Penipuan kelengkapan raya makin banyak


KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesan sebanyak 22 kes penipuan jualan pakaian dan kelengkapan hari raya dengan kerugian berjumlah RM19,773, sejak 1 Januari hingga hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJN), Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata sindiket penipuan itu dikesan menggunakan platform media sosial bagi mengiklankan barangan yang tidak wujud.

Katanya, pengguna yang tertipu akan membuat pembayaran secara dalam talian namun barangan yang dipesan atau dibeli tidak diperoleh.

"Sindiket ini mula aktif apabila menyedari wujudnya permintaan tinggi untuk mendapatkan pakaian serta kelengkapan hari raya. Mereka akan mengiklankan penjualan itu namun ia tidak wujud.

"JSJK ingin mengingati orang ramai untuk sentiasa berwaspada apabila melakukan pembelian secara dalam talian," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebagai langkah pencegahan, orang ramai turut dinasihatkan mengelak daripada membuat pembelian melalui platform atau penjual yang meragukan.

"Layari portal Semak Mule yang boleh diakses melalui https://semakmule.rmp.gov.my/ untuk menyemak nombor akaun bank dan nombor telefon yang mungkin digunakan untuk aktiviti jenayah," katanya.

Maklumat lanjut, hubungi CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 atau 03-26101599.

Sumber | BH Online























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo