NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pas Leak: Tepuk dada tanya selera, kata Zahid kepada Annuar


SHAH ALAM -
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan pendirian Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan dokumen 'Pas Leak' bukan sesuatu yang luar biasa dan tidak perlu diperbesarkan.

Beliau sebaliknya mengganggap perkara tersebut perlu diambil serius.

"Apakah kandungan 'Pas Leak' dianggap bukan luar biasa? Tepuk dada tanya selera.

"Sudah pasti ahli parti setia akan sentiasa berwaspada setiap kenyataan, setiap langkah, pendirian dan tindak tanduk pemimpin mereka dan pemimpin lawan mereka. Jangan mudah terpedaya!,"katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

'Pas Leak' didakwa mengandungi perancangan sulit untuk menjatuhkan pemimpin UMNO tular di media sosial sebelum ini.

Ia adalah beberapa keratan didakwa minit mesyuarat Pas yang menggariskan pelan untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) termasuk rancangan menyegerakan usaha untuk memasukkan Ahmad Zahid ke penjara.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dalam hantaran sama turut membangkitkan kenyataan Annuar yang disifatkan bercanggah dengan pendirian Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

"Ketika musuh luar parti bermuslihat dan dengan licik cuba memperdaya parti lawan menggunakan pelbagai taktik dan strategi, kita sebagai orang parti dari ahli biasa ke peringkat bahagian parti perlu lebih bijaksana dalam membaca gerak geri lawan.
Disyorkan artikel ini:

"Jangan pula tindak tanduk kita umpama musuh parti luar yang sama menari ikut rentak mereka.

"Sekali dua kenyataan bertentangan dengan dasar parti dapatlah dianggap kebetulan, namun sudah beberapa kali itu lah namanya bukan kebetulan lagi," katanya.A


............oo000oo...........
PENAFIAN 1  Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                            ...............

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo