NAMPAK galak beberapa juak PAN menularkan pautan satu laman berita media sosial berkait ucapan Mujahid bekas Menteri Agama yang ‘menyerang’ YAB Menteri Besar Kelantan isu Tabung Haji (TH).
Sedarkah Mujahid, penstrukturan semula yang dibuat olehnya hanyalah memanipulasi kaedah kreatif perakaunan dan tidak lebih kepada hanya semata-mata ‘window dressing’ sahaja kerana:
i. Aset LTH yang dipindahkan kepada UJSB belum dibayar sepenuhnya pun, hanya sebanyak RM400 juta sahaja yang telah diterima oleh LTH berbanding nilai aset yang dipindahkan bernilai RM10 bilion.
ii. Kemampuan UJSB untuk membayar sukuk apabila tempoh matang juga diragui memandangkan tiada sebarang aktiviti pemulihan aset yang dijalankan walaupun setelah 4 tahun aset dipindahkan. Kebanyakan saham-saham ‘bluechip’ juga telah pun dijual semasa harga jatuh mendadak sewaktu zaman PH.
iii. Terdapat juga kebimbangan yang disuarakan oleh Audit Negara di dalam Laporan Audit Negara Tahun 2018 yang meragui kemampuan UJSB untuk membayar balik LTH.
Yang keduanya, sejak tahun 2020 sehingga 2021, ibadah haji tidak dibenarkan menyebabkan LTH dapat menjimatkan sekitar RM400 juta setahun.
Penjimatan ini adalah daripada kos subsidi haji yang tidak disalurkan kepada jemaah dan bukannya kerana kecekapan pengurusan lantikan PH. Jadinya bekas Menteri ‘sembang kemaih’ sahajalah.
Dan terakhir sekali, kita nak tanya Mujahid, apa TH Properties buat selama dua tahun di bawahnya?
Setakat jual aset-aset TH, Pak Mat Beca di Lorong Minyak Gas Kota Bharu pun boleh jadi Menteri.
ANAS KARIMI AHMAD THANIDarulnaim Research Centre
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment