KUALA LUMPUR: Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) menawarkan untuk menjadi penganjur sesi perdebatan antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim isu `bail out' Sapura Energy.
KMUM dalam kenyataan berkata, sebagai badan persatuan mahasiswa yang meraikan program bersifat keilmuan dan pendapat, pihaknya mahu menjadi penganjur bagi sesi perdebatan tokoh politik tanah air.
"KMUM menawarkan diri atas kapasiti organisasi sebagai entiti neutral yang tidak berpihak kepada mana-mana pihak dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat.
"Dengan itu, kami menjemput kedua-dua tokoh untuk menerima pelawaan KMUM sebagai penganjur bagi sesi debat yang bersejarah ini," kata kenyataan itu.
Sumber | BH Online
No comments
Post a Comment