Kementerian Komunikasi dan Multimedia kini berkongsi mereka sedang meneliti berkaitan untuk tambah-baik akta sedia ada, supaya tindakan dapat diambil terhadap kandungan yang salah guna platform media sosial.
Mengulas lanjut, akta sedia ada dikatakan memadai pada hari ini, tetapi cuma apabila sesuatu kandungan dimuat-naik melibatkan platform luar negara, undang-undang negara tidak dapat melangkauinya.
Sebagai contoh, sekiranya kandungan berbentuk fitnah dimuat-naik ke Facebook atau Twitter, ia kini perlu melalui proses meminta pertolongan terhadap platform berkaitan, dan perlu melakukan siasatan awal terlebih dahulu, sebelum dibawah ke Jabatan Peguam Negara, sebelumm meminta kerjasama negara platform berkaitan.
Proses keseluruhan untuk tujuan ini dilihat agak panjang, dan kementerian sedang melakukan penelitian supaya ada ruang untuk tambah-baik.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bagaimanakah perkara berkenaan akan dapat dipercepatkan, serta membentuk akta yang membolehkan platform media sosial yang bertapak di luar negara bertindak dan bekerjasama dengan lebih pantas.
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment