NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan China nafi dakwaan cuba pengaruhi Elon Musk dan Twitter melalui Tesla



Selepas pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk, salah satu soalan yang ditanyakan oleh orang ramai, termasuklah pengkritik media ialah samada kerajaan China kini mempunyai pengaruh keatas platform media sosial tersebut melalui Tesla.

Ini adalah kerana Tesla, syarikat kenderaan elektrik yang dikepalai Elon Musk mempunyai pasaran yang cukup besar di negara tersebut, dan secara ringkasnya, semua kenderaan yang dijual di luar Amerika Syarikat dibuat di negara tersebut.

Secara teknikal, penggunaan Twitter diharamkan di China, tetapi ia tidak bermakna kerajaan China, melalui syarikat-syarikat media mereka tidak menggunakan platform tersebut sebagai satu cara untuk menyebarkan ideologi negara tersebut pada platform itu.

Isunya dilihat bahawa kini, dengan pembelian Twitter, kerajaan China dilihat mempunyai kelebihan di platform Twitter dengan mengatakan Elon Musk boleh dipaksa untuk membuat keputusan-keputusan yang kurang bernas kerana pengaruh kerajaan tersebut keatas syarikat-syarikat yang beroperasi di China.

Walaupun begitu, Reuters telah melaporkan bahawa Menteri Luar Negara China, Wang Wenbin mengatakan bahawa spekulasi bahawa kerajaan China akan cuba untuk mempengaruhi kandungan di Twitter adalah tidak berasas, dan kerajaan tiada pelan untuk melakukan perkara tersebut.

Persoalan ini juga timbul kerana kerajaan China sebelum ini dilihat tidak akan teragak-agak untuk mengenakan sekatan keatas syarikat-syarikat dari negara mereka dan bukan sahaja entiti-entiti perniagaan dari luar negara sekiranya mereka rasa ia diperlukan untuk pelbagaii jenis sebab.

Sumber | REUTERS, Amanz
























............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo