NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kedudukan Mahkamah Syariah wajar diangkat lebih tinggi elak terus dihina



BANGI, 24 Ramadan 1443H, Selasa
– Tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah menghina keputusan mahkamah mampu mendorong kelompok tertentu untuk terus rakus memperlekeh perundangan syariah di Malaysia yang pada muktakhir ini semakin menjadi-jadi.

Bimbang dengan situasi itu, Pengerusi PEMBELA, Aminuddin Yahaya menggesa agar Mahkamah Syariah diangkat ke kedudukan yang lebih tinggi.

Jelasnya, langkah itu bagi memastikan penghinaan sebegini dapat dibendung dengan lebih efektif selain memperkasakan sistem perundangan syariah di Malaysia.

“PEMBELA menegaskan apa jua bentuk penghinaan dan fitnah terhadap Mahkamah Syariah yang ingin menjatuhkan kredibiliti dan menghakis kepercayaan rakyat adalah suatu ancaman terhadap kedaulatan agama Islam. - ISMAWEB



............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo