Jepun sedia popular dalam arena robotik. Menariknya, baru-baru ini, salah satu syarikat di Jepun, iaitu Japan Rail West Company (JR West) memperlihatkan penggunaan sebuah robot gergasi dalam membaik-pulih talian kuasa.
Menariknya, robot gergasi ini dikawal oleh manusia pada jarak jauh melalui penggunaan set kepala realiti-maya (VR). Robot tersebut turut memberikan reaksi untuk gerakan kepala dan sebagainya, sekaligus memudahkan lagi kawalan.
Dengan penggunaan robot ini, ia sekaligus menjadikan ia lebih selamat dalam proses baik-pulih, serta meningkatkan lagi produktiviti.
JR West dijangka memperluaskan lagi pembangunan dan penggunaan robot dalam tahun-tahun akan datang.
Sumber | Amanz
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment