NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JDT lakar sejarah layak ke pusingan dua ACL, tewaskan Ulsan Hyundai 2-1

Pemain JDT Fernando Forestieri (kiri) diasak pemain Ulsan Hyundai FC Won Dujae (dua, kiri) pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bagi kumpulaan I di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Bernama

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah baharu dalam arena bola sepak negara apabila muncul kelab negara pertama yang melayakkan diri ke pusingan kedua Liga Juara-Juara Asia (ACL), selepas menundukkan Ulsan Hyundai FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim petang tadi.
Gol pertama JDT hadir seawal minit kelima perlawanan, menerusi sepakan percuma Leandro Velazquez, selepas Bergson Da Silva dijatuhkan Won Dujae.
Namun skuad kendalian Benjamin Mora tidak sempat meraikan jaringan itu, apabila pasukan Korea Selatan meledak gawang tuan rumah seminit kemudian, sekali gus menyamakan kedudukan menerusi rembatan Jun Amano.
JDT hampir mendahului pada minit ke-24, namun demikian gol jaringan Fernando Forestieri itu tidak dikira pengadil Nawaf Abdulla Shukralla kerana dikatakan ofsaid selepas menerima umpanan Aqif Fazail.
Kedua-dua pasukan dilihat terus berhempas pulas dan tertekan untuk menambah jaringan masing-masing dengan melakukan serangan bertubi-tubi, namun gagal meledak gawang.
Bagaimanapun, pada ketika perlawanan hampir berkesudahan dengan seri dan menyebabkan JDT terkeluar dari persaingan, serangan terakhir pasukan itu pada minit ke-94 menerusi Arif Aiman Hanapi ke dalam kotak penalti, telah ditolak masuk ke gol sendiri oleh Park Yong-Woo, sekali gus memberikan gol kemenangan kepada JDT pada minit ke-94.
Sementara itu, pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin Kawasaki Frontale dari Jepun mencatat kemenangan ketiga apabila menumpaskan pasukan di kedudukan tercorot, Guangzhou FC 1-0.
-- BERNAMA






............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                         ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo