NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jabatan agama siasat video seksi ‘Arabian Dangdut Night’, kata Exco Terengganu


PETALING JAYA:
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan melakukan siasatan terperinci berhubung majlis bertemakan “Arabian Dangdut Night” yang memaparkan video nyanyian individu dipercayai lelaki menyerupai wanita berpakaian seksi tular di media sosial.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah, berkata siasatan adalah berhubung pelanggaran Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan Negeri Terengganu yang mula diperkenalkan pada 2020.

Beliau berkata, kerajaan negeri sangat sensitif dengan perkara seperti itu yang menyinggung perasaan umat Islam.

“Harap ia akan menjadi iktibar untuk semua pihak terutama pengurusan hotel di Terengganu supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang,” katanya menurut laporan Bernama.

Video berdurasi 25 saat memaparkan nyanyian individu terbabit pada 25 Mac lalu dikecam warganet kerana berlaku beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Ramadan.


............oo000oo........... 
PENAFIAN 1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo